Saturday, January 7, 2012

AKU MEMANG TAK PAHAM POLITIK....

Adus! Aku memang bukan peminat politik. Walaupun aku amat sedar bahawa politik amat penting demi kelangsungan bangsa dan agama serta negara. Apa yang aku lihat semenjak dari zaman pelajar lagi, aku nampak para anak muda bergelar mahasiswa, mencuba sedaya mungkin untuk menonjolkan diri mereka di tengah2 medan politik kampus dan seterusnya politik kepartian. Biasanya parti2 politik pembangkang banyak mendominasi suasana politik kampus, maka kadang2 terjadilah tunjuk perasaan secara kecil kecilan di kampus. Atau terdapat beberapa kerat dari para pelajar yang kononnya ekstrim melibatkan diri dengan kegiatan tunjuk perasaan yang lebih besar di luar kampus.

 Senario zaman aku di kampus tahun 80an itu nampaknya tidak berbeza dengan senario di zaman 60 @ 70an. Malah sehingga kini pun ianya masih berlaku. Aku dapat lihat beberapa pelajar universiti yang kononnya mempunyai lebih kesedaran dari rakan2 yang lain, kelihatannya tidaklah bijak mana bila berhujah. Adus! malang sekali peluang belajar untuk meningkatkan martabat diri, keluarga , serta bangsa dan agama itu di sia siakan begitu sahaja. Kelihatannya mereka begitu mudah digula gulakan oleh pihak2 berkepentingan. Akhirnya yang menanggung padah adalah mereka dan keluarga2 mereka.

Harus di ingat, Gula gula, yang di beri oleh mana2 pihak sekali pun sangat lah MANIS! jadi adalah menjadi tugas kita sebagai insan yang berakal serta bijaksana untuk memilih kemanisan dari siapa yang tidak membawa kecelakaan. PILIH dengan bijak, APABILA TIBA MASANYA.

Akhir kata, jangan dok berkokok serta berarak melulu lulu, tapi tak pergi mengundi , apabila tiba masanya. Nanti di kata dek orang bagai ayam jantan yang berkokok berdegar2, tapi ekor penuh berlumur tahi... :)

renung renungkan dan selamat beramal.
sekian.

Sunday, December 25, 2011

Island Photo Travel Dec 2011

Penghujung tahun 2011, untuk kesekian kalinya aku menjejakkan kakiku ke Semporna dan pulau2 sekitarnya, iaitu Maiga, Sibuan, Omadal, Bodgaya, Bohey Dulang, Gusungan serta Mabul. Sememangnya banyak lagi pulau2 lain yang masih boleh di terokai, namun masa tidak menyebelahi kami.



Dua orang anak Palaoh ini sedang mandi sambil bermain2 dengan tapak sulaiman yang banyak terdapat di pulau tempat mereka tinggal.

Trip foto travel ke pulau2 dalam lingkungan Taman Laut Tun Sakaran, di Semporna ini adalah merupakan satu perjalanan yang wajib dilakukan oleh para peminat fotografi di Malaysia. Di sini terdapat pulau2 yang cantik serta etnik2 yang tidak terdapat di tempat lain seperti Bajau Laut serta Palaoh. Cara hidup etnik Palaoh di pulau Bodgaya serta pulau Maiga amat menarik untuk di perhatikan. Mereka hidup di dalam perahu serta rumah2 yang di perbuat dari kayu bakau serta daun kelapa, mereka juga suka berpindah2 dari satu pulau ke pulau yang lain.



Sebuah bot baru selesai memunggah air tawar dari perigi di Pulau Maiga

Aku tidak pernah berasa puas walau pun sudah berkali2 aku mengunjungi kawasan ini, malah di penghujung setiap kunjungan  perasaan ingin datang kembali ke sini semakin membuak. Kawasan ini merupakan syurga bagi para penggemar fotografi genre human interest serta landscape. Pulau2 di kawasan ini juga merupakan tumpuan untuk para penyelam scuba seperti pulau Sipadan dan Mataking yang sangat terkenal di dunia itu.

Insyaallah pada tahun 2012 nanti aku akan membuat dua lagi perjalanan ke kawasan ini. Kali ini mungkin untuk melihat pulau lain pula, yang tidak kurang indahnya. Kepada para fotografer yang berminat untuk ikut serta nantikan pengumumanku. Yang pastinya ahli2 grup foto SilaJeles akan dapat ke sana pada bulan Jun nanti, tunggu pengumuman rasmi nanti di page SJ.

gambar bawah: dua orang kanak2 Palaoh di pulau Maiga berperahu di pagi hari

Sunday, November 13, 2011

Bustamam yg cool....

Di belakang tabir...

Siang tadi aku berada di White Studio, mengikuti kelas pencahayaan studio oleh saudara Bustamam Mokhtar. Beliau merupakan seorang fotografer fesyen dan potret yang masyhur di Malaysia ini. Hampir semua orang pernah lihat hasil kerja beliau, terutamanya yang menghiasi kulit majalah Glam selama bertahun tahun. Pun begitu beliau juga banyak mengambil foto untuk kerja2 komersial.

Sesi pembelajaran berjalan dengan lancar dan santai, beliau amat mesra dan mudah didekati. Ternyata banyak perkara yang telah aku kutip sepanjang hari ini. Aku berasakan jumlah wang yang aku keluarkan utk mengikuti kelas ini berbaloi dengan hanya melihat bagaimana beliau menghasilkan giant softboxnya... manakala lain2 nya adalah merupakan pengetahuan bonus sudaaa... :D

Aku sedar bahawa kita boleh mencuba pelbagai cara pencahayaan yang boleh di dapati dari pelbagai buku atau dari internet. Namun, dengan melihat atau mempelajarinya secara first hand dari penggiat industri adalah merupakan satu peluang yang jarang jarang diperolehi serta tidak harus di lepaskan. Terutamanya kepada sesiapa yang ingin bergiat secara serius dalam arena fotografi studio. Kini ramai yang cuba2 mengadakan kelas2 lanjutan untuk studio fotografi. Namun mereka berkemungkinan bukan merupakan pemain dalam industri secara regular. Maka cara pengajarannya juga berkemungkinan kurang berkesan.

Berbeza dengan cara Bustamam, melihat pada set up lampu2nya, aku berasakan ianya boleh di lakukan dan foto yang terhasil juga sama seperti foto2nya yang selama ini aku lihat. ternyata beliau lebih memilih untuk menggunakan setup lampu yang sederhana, namun kadang2 berskala besar. Beliau juga tidak berselindung selindung tentang rahsia pencahayaannya. Aku tahu, apa yang di tunjukkan hari ini hanyalah sekelumit dari ilmunya sahaja. Tapi memadailah dengan masa yang terhad.

Akhir kata, nampaknya hari ini aku telah mempelajari beberapa perkara baru yang hebat! Namun tidak terlalu sukar untuk di lakukan terutamanya "cara untuk mengelakkan baju putih kehilangan detail semasa sesi di studio..." Akan aku segerakan praktikalnya di NeoStudio.....
sekian.

Saturday, October 8, 2011

Aku dan 500px



Aku mulai mengetahui laman 500px ini melalui sahabatku En. Ruzely atau di kenali di kalangan fotografer dengan nama R’zlley TheShoot. Setelah meneliti gambar2 dalam laman tersebut aku jadi tertarik, terutamanya dengan cara persembahannya yang ringkas, gambarnya besar serta tajam, warnanya best serta teramatlah banyak foto2 dari para fotografer terkenal dunia terdapat di situ, termasuklah Scott Kelby.

Tanpa membuang masa aku kini telah menjadi ahli berbayar laman tersebut. Disini aku cuma muatkan gambar2 yang aku rasa terbaik. Berbeza dengan akaun Flickr ku, yang mana foto2 yang aku muatkan lebih bersifat bercampur campur kualitinya.

Kalau di perhatikan laman 500px ini memaparkan hasil kerja serta portfolio dari para jurugambar yang serius dan professional. Berbeda dengan laman Flickr yang sifatnya lebih kepada tempat orang melambakkan foto. Bukanlah nak mengatakan flickr tu tak bagus (akaun Flickr ku juga berbayar  ), tapi laman 500px ini lebih  menjurus kepada para jurugambar professional.

Di 500px ini foto2 kita di lihat oleh rakan fotografer serta berkemungkinan juga dilihat oleh ejen pengiklanan, pereka, penerbit dan sebagainya.

p.s: selama ni banyak juga foto2 aku terjual di Flickr, sekarang nak tengok di 500px ni camana pulak. 

Sekian.

kalau sudi silalah melawat 500px saya.





Tuesday, August 30, 2011

SALAM AIDIL FITRI... 1432 hijrah / 2011

... biarlah fajar satu Shawal 1432H ini bakal membawa satu kehidupan yang penuh keberkatan...

Saya mengambil kesempatan ini (ketika masih bernafas) untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada saudara mara, handai taulan dengan lafaz MAAF ZAHIR DAN BATIN. semoga sekiranya ada terkasar bahasa tersalah perbuatan, sama samalah kita berlapang dada kerana kita tidak sempurna, hanya DIA yang sempurna.

wassalam.

Saturday, August 27, 2011

Catatan terbuka untuk BEKAS seorang sahabat.

Salam dan selamat berpuasa serta berhari raya (sehari dua lagi). Dah lama aku tak menulis dalam blog aku ni, lamaaa sangat. Hari ni aku nak buat sedikit catatan yang bukan berkaitan dengan fotografi, tapi berkaitan dengan fotografer. Kenapa aku panggil entri ini ‘catatan terbuka untuk bekas seorang sahabat’? Siapakah dia sahabat yang istimewa ini? Korang nak tau? Bacalah sehingga habis! J

Catatannya berbunyi begini:

Bro, kami tau anda merupakan seorang fotografer yang diminati ramai. Karya2 anda juga selalu di gunakan sebagai ‘tanda aras’ untuk mengukur hasil karya orang lain, terutamanya dalam genre fesyen atau potret. Dan ramai lah orang yang ingin bersahabat dengan anda. Memang tidak di nafikan lah anda memang menjuarai bidang itu!

Kita dah berkenal berapa lama? Empat tahun? Atau lebih, mungkin. Saya rasa, saya dah mengenali anda. Rupanya saya silap! Dulu saya rasa anda ‘cool’. Rupanya TIDAK! Segala ‘RASA’ itu terhakis apabila anda telah menghina seorang rakan fotografer dikhalayak ramai. Sungguh saya tidak sangka anda sanggup berbuat begitu. SUMPAH! Saya tak mempercayai dengan apa yang saya tengok dan saya dengar, sehinggakan saya melarikan diri, tak mahu terlibat dalam hal tersebut. Pun begitu saya masih berlapang dada, saya mengandaikan anda mungkin mempunyai ‘urusan’ yang belum selesai dengan ‘fotografer’ tersebut.

Saya pun faham ‘fotografer’ tersebut pun boleh tahan juga mulutnya kalau bercakap. Tapi setelah mengenali beliau dengan lebih dekat, tanggapan jadi berbeda, malah selepas peristiwa malam itu pun sang ‘fotografer’ itu tidak cuba untuk membela diri. Kecuali dengan satu ayat “ Silap aku lah, sebab memprovoke *** **** terlebih2. Kita lupakanlah”. Saya rasa dengan ayat sebegitu , saya dah boleh baca bagaimanakah perangai sebenarnya.

Kelapangan dada saya menyempit apabila saya dan isteri ditolak dari lingkungan rakan anda. Pelik bin ajaiblah! Kerana kami adalah rakan keluarga anda. Namun kehairanan itu hilang apabila mendapat tahu rakan2 seperti Nizam, Arif dan Fairuz, juga telah dianggap musuh oleh anda! WAHH!! Sekarang saya tahulah sebabnya, kerana kami adalah rakan pada sang ‘fotografer’ tersebut! DANGKAL, memang dangkal sekali cara anda berfikir! ’marahkan nyamuk, kelambu dibakar’. Memang itu hak andalah. Cuma untuk makluman anda inilah dia antara orang2 yang sentiasa bersangka dan bercakap baik tentang anda, di belakang anda.

Adakah anda rasa dengan mencipta musuh dan lawan, anda mampu mendapat sanjungan? Mungkin YA, dari kalangan juak2 anda yang tak tahu apa2 tu. Tapi tidak kepada sekerat dua yang betul2 mengenali anda! Jika sekiranya anda rasa anda adalah BUKIT yang tak runtuh disalak anjing, jangan lupa bulldozer dan dinamit mampu menyapu rata sebuah gunung!

Bro, akhir kata, sempena bulan yang mulia ini, bersangka baik lah. Berlapang dada lah. Sekian.

Salam Aidil Fitri. Maaf atas keterlanjuran.

Kepada sesiapa yang masih tak tahu siapakah watak2 utama dalam catatan ini boleh lah PM aku atau tekalah sendiri hahahaha….

Sunday, July 3, 2011

Cerita Di Sebalik Imej Pegunku 1

Perhatikan bayangan pada lengan bapa anak tersebut, bolehkah anda agak dari manakah punca bayangan tersebut?

Memanglah orang berkata 'sekeping foto boleh mengungkapkan beribu perkataan atau cerita'. Semalam sedang aku minum2 bersama teman2 di kedai mamak di Ampang, seorang dari temanku Arif Kaser telah bertanyakan kepada ku tentang sekeping gambar yang aku ambil di Semporna Sabah(gambar itu terdapat dalam bukuku 'Malaysia: The Walk of Life'). Soalannya bukan berkenaan foto itu secara keseluruhan, tetapi tentang kewujudan bayang2 pada lengan subjek, walhal tidak kelihatan pun objek2 yang boleh mewujudkan bayangan itu berada berhampiran subjek.

WaHH!! aku pun agak terkejut kera
na selama ini aku pun tidak pernah memperhatikan hal ini, walhal foto ini pernah di terbitkan di sebuah majalah fotografi di UK. Kelihatan seolah2 aku telah memadamkan sesuatu dari foto tersebut! Oh Tidak! sepanjang ingatan aku, aku tidak memadamkan elemen2 yang penting dalam sesekeping foto.

Beberapa rakan yang ada turut melihat foto tersebut. Mereka juga terasa hairan. Pastinya AKU lah yang paling terasa kepelikannya. Sesampainya aku di rumah pada pukul 3.30 pagi aku terus menggeledah hard disk ku untuk mendapatkan jawapan....

JENG JENG JENG... akhirnya aku mendapat jawapannya. Adoi kenapalah mata kita mudah sangat tertipu hanya kerana bahagian yang di persoalkan itu 'kehilangan' unsur 3 dimensinya. Dengan kata lain 'benda ' yang menyebabkan bayangan pada lengan subjek itu telah menjadi bersebati dengan latar kelilingnya sehinggakan ianya seolah2 tidak wujud di situ. Hal ini berlaku disebabkan sudut bidik aku, jadi dgn melihat gambar yang sama dari sudut bidik berbeza telah 'mendedahkan' penyebab bayangan tersebut. Lega aku... hahaha...

Walau pun kedua2 foto ini bukan foto yang sama, namun ianya di ambil selang beberapa detik sahaja. yang mana foto yang kedua itu telah berjaya mendedahkan 'penyebab' bayangan pada lengan subjek. Jika di lihat pada foto yang pertama kelihatan satu garis menegak berwarna coklat (dlm petak merah) yang selari dengan tingkap rumah. Garis coklat itu adalah kayu penyangga tingkap seperti yang terlihat dalam foto kedua itu.


Walau bagaimana pun aku berterima kasih pada saudara Arif, Lokman dan Nizam kerana persoalan yang telah di timbulkan mereka 'pagi' tadi telah memberi aku idea untuk menulis blog siri "CERITA DI SEBALIK IMEJ PEGUNKU..." nantikan cerita2 di sebalik imej pegunku yang seterusnya....